Malaysia Top News

Info Dan Hiburan Terbaik!

Nora Danish Buka mulut isu Digelar Janda Oleh Peminat

Nora Danish buka mulut isu digelar janda oleh peminat – Tindakan segelintir individu nakal mempermainkan beberapa selebriti cantik berstatus janda dengan mereka-reka dialog lucu sebelum menyebarkan gambar dan dialog itu dalam laman sosial sejak Isnin lalu, mengecewakan aktres jelita, Nora Danish, 31, yang turut menjadi mangsa.
Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Usikan itu mula timbul apabila Erra Fazira disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, pada Isnin lalu.
Menerusi Harian Metro, Nora menyelarkan tindakan individu berkenaan dan memberikan amaran agar tidak memperlekehkan wanita berstatus janda, seolah-olah membawa konotasi negatif dengan anggapan golongan ini mudah didekati.

“Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan.”
“Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat. Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal.”

Kepada segelintir peminat yang suka memperlekeh dan mempermainkan perasaan orang lain, sudah cukup rasanya berbuat begitu, nanti terkena azab pula. Bukan kita tahu apa balasan yang kita dapat masa akan datang.
0 Komentar untuk "Nora Danish Buka mulut isu Digelar Janda Oleh Peminat"

 
Copyright © 2014 Malaysia Top News - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info