KOTA BHARU - Keadaan kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini mula dipenuhi penyokong dan orang ramai setelah
berita mengenai kemerosotan kesihatannya tersebar.
Malah kelihatan sanak saudara bekas Menteri Besar Kelantan itu turut kelihatan memasuki rumah beliau yang berhadapan dengan Masjid Pulau Melaka. Ambulans yang membawa Nik Aziz bertolak dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kira-kira jam 8.40 malam dan tiba di kediaman rumahnya, 15 minit kemudian.
Ketika dibawa masuk ke rumahnya kelihatan Nik Aziz masih memakai alat bantuan pernafasan sambil diiringi keluarga terdekat. Bagaimanapun beberapa pengawal melarang jurugambar dan wartawan merakam keadaan pemimpin Pas itu ketika diusung dari ambulans. Setelah sejam kemudian, anak beliau Nik Abduh
membuat kenyataan:
"Dengan izin tuhannya, para malaikat
datang menyempurnakan tugas mengiringi
ruh ayahanda menuju penciptanya tepat
jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung
Al fatihah kita sedekahkan kepada Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat. Semoga ruh beliau ditempatkan Allah dikalangan ruh orang-orang yang beriman dan bertakwa.. Amin - di adaptasi dari Sinar Harian
0 Komentar untuk "Cerita Sejam sebelum pemergian Tuan Guru Nik Aziz"