Malaysia Top News

Info Dan Hiburan Terbaik!

Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar?

(VIDEO): Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan Orang Ramai!!



Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? Kecoh dan huru-hara, bila ramai yang tertanya-tanya siapa Aidana Baizieva, mengapa tiada yang mengenali beliau, apa kaitannya dengan mangsa kemalangan udara yang turut meragut nyawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Ramai yang cuba membuat carian di laman sosial, namun gagal menemui info lanjut tentang gadis misteri ini. Namun semuanya telah terungkai apabila sebenarnya Aidana menggunakan nama ‘samaran’ atau nama lain di laman sosial.


Inilah Aidana Baizieva yang turut terkorban dalam nahas helikopter milik IGB 4 April yang lalu.


Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? Menurut laman webGaukhara.com, Aidana Baizieva atau Aidana Karabasova adalah seorang jurnalis muda yang berasal dari Kyrgyzstan dan masih menuntut di International University of Information Technologies JSC dan dijangka menghabiskan pengajian pada 2016 (sumber).


Anda boleh lihat hasil kerja Aidana dalam bidang kewartawanan melalui banyak sesi temubual di laman Youtube di beliau di sini (sumber).


Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar? Dua ahli keluarga Aidana kelihatan berada di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi, dipercayai untuk menandatangani dokumen perlepasan jenazah.

Namun tiada siapa yang tahu mengapa Aidana berada dalam helikopter tersebut, dan atas tuntutan kerja apakah?

Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Aidana Baizieva. 

IDENTITI wanita misteri yang turut menjadi mangsa korban nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu akhirnya dikenal pasti sebagai kenalan juruterbang helikopter itu, Kapten Clifford William Fournier.
Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat yang mana berkata, pihaknya berpuas hati mengenai identiti Aidana Baizieva walaupun hasil ujian DNA ke atas mayatnya masih belum dikenal pasti secara konklusif.
abu samah
“Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat tempat tinggal mangsa warga Kyrgyzstan berusia 25 tahun itu di sebuah apartmen di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
“Mangsa pernah belajar di negara ini antara 2010 hingga 2014 dan menamatkan pengajian diploma dalam bidang pelancongan di Kolej Segi,” katanya memetik Harian Metro.
Dalam pemeriksaan pihak polis di rumah Aidana juga menemui bukti tiket penerbangan wanita tersebut yang pergi ke acara LIMA Langkawi baru-baru ini dengan juruterbang helikopter terbabit.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa juga mempunyai keterangan bahawa juruterbang itu beberapa kali membawa kenalannya itu menaiki helikopter termasuk pada hari kejadian.
Sehubungan itu, Abu Samah meminta orang ramai tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung identiti wanita tersebut yang sebelum ini dikatakan pembantu juruterbang/co-pilot bagi penerbangan dari Kuantan ke Subang itu.
Nahas helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih itu turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan Dato’ Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Dr Jamaluddin, Razakan Seran. 
IMG-20150407-WA0013 (1)
Gambar Aidana, (dua dari kiri) yang dikongsikan rakannya, Emitsa di laman Instagram. Turut kelihatan dalam foto ini adalah juruterbang helikopter, Clifford William Fournier.
Lihat Video Dibawah:
0
 

1
 

0
Share





KANTOi!! VIDEO DOKTOR GATAL DIRAKAM CABUL PESAKIT



selanjutnya dan Lihat VIDEO DISINI










Artikel Menarik:







0 Komentar untuk "Akhirnya Identiti Sebenar Aidana Baizieva Terbongkar?"

 
Copyright © 2014 Malaysia Top News - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info