Sepatutnya Penyelesaian seperti ini harus di lakukan oleh negara kita Malaysia untuk mengatasi masalah kes-kes seperti rogol, ragut, menculik dan sebagainya yang berkaitan dengan wanita..
Negara India sudah pun memulakan perkhidmatan teksi buat wanita, keluarga dan kanak-kanak sejak penghujung tahun lepas.
Kini penduduk bandar New York bakal mengikuti jejak tersebut dengan aplikasi perkhidmatan teksi khusus untuk golongan wanita.
Aplikasi SheTaxis-SheRides yang akan dilancarkan pada 16 September ini bagaimanapun menerima reaksi pelbagai.
Dicetuskan oleh ibu kepada dua anak, Stella Matteo, SheTaxis-SheRides menyediakan pemandu wanita untuk pelanggan wanita.
Perkhidmatan ini bertujuan mengurangkan kebimbangan pelanggan wanita yang mana majoriti pemandu teksi adalah lelaki.
Menariknya, pemandu teksi wanita juga boleh memilih pelanggan mereka sekiranya tidak mahu mengambil pelanggan lelaki.
Meskipun belum dilancarkan, konsep aplikasi ini menerima maklum balas memberangsangkan apatah lagi dengan pertambahan jumlah pemandu teksi wanita.
0 Komentar untuk "Berita Baik Untuk Wanita!!"