Malaysia Top News

Info Dan Hiburan Terbaik!

Gesa Kemukakan Penemuan Rasmi Nahas Kapal Terbang 6.6.1976


Oleh John Charles Mitah Mikat 

YONG MENGGESA KEMUKAKAN 'PENEMUAN RASMI' NAHAS KAPAL TERBANG 6.6.1976...

Adakah anda masih ingat dengan pesawat ini?? 

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menggesa Kerajaan Negeri perlu menuntut 'Dokumen Rasmi' (hasil dari penemuan) dari Kerajaan Australia yang menyebabkan pemimpin-pemimpin dalam Kabinet Negeri Sabah terkorban pada 6.6.1976.

Yong berkata laporan ini telah dirahsiakan atas permintaan Kerajaan Malaysia.

"Kerajaan Australia telah melakukan siasatan mereka sendiri kerana pesawat (Nomad) adalah diperbuat dari syarikat Australia.

Tetapi mereka tidak mendedahkan hasil siasatan mereka kerana atas permintaan ini.

"Untuk mendapatkan pendedahan dari Kerajaan Australia, dalam kes ini ia mesti dItuntut melalui sebuah kerajaan yang berasingan, sekurang-kurangnya kerajaan negeri. Kami tertanya-tanya mengapa kerajaan Malaysia meminta mereka (Kerajaan Australia) supaya tidak mendedahkan hasil dari penemuan siasatan ini," kata Yong...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KOMEN: Rakyat Sabah dan juga generasi baru ingin tahu apa yang menyebabkan pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu jatuh dan mengorbankan hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Mereka yang terkorban dalam Tragedi Double Six adalah seperti berikut:

1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens



Rujukan: Release official findings on plane crash http://www.sapp.org.my
0 Komentar untuk "Gesa Kemukakan Penemuan Rasmi Nahas Kapal Terbang 6.6.1976"

 
Copyright © 2014 Malaysia Top News - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info