Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.
Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya.
menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.
Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China.
Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.
Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka.
Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga.
Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk.
Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas.
Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.
Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas.
Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.
Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian.
Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian.
0 Komentar untuk "Maut Tersepit Di Pintu Lif"