gambar hiasan
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditahan polis kerana berkelakuan agresif dan mengugut untuk meletup serta menghilangkan sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, lelaki terbabit yang merupakan seorang peniaga berusia 29 tahun dan berasal dari Kedah dikatakan mahu menaiki pesawat AirAsia AK6443 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang dijadual berlepas pada pukul 9.55 malam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, lelaki itu bagaimanapun mengamuk selepas berang dengan tindakan seorang pegawai polis yang menegurnya kerana memakai topeng bikers.
0 Komentar untuk "Penumpang Ditahan, Ugut Mahu Letupkan Dan Hilangkan Pesawat AirAsia"