Malaysia Top News

Info Dan Hiburan Terbaik!

Porshe Fazura Jadi Misteri,Ingkar Arahan Ibu Kembali Berlakon

Kesian Fazura,dia digelar Miss Fake oleh ramai forumer popular di Malaysia kerana sebelum ini dikatakan dia telah membuat pembedahan plastik pada wajahnya di Australia.Bibir telah ditebalkan,kulit diputihkan,dada dibesarkan,betul atau tidak?entah la,tapi anda boleh lihat perbezaan gambar dibawah.

Sebelum ini kehidupannya ditaja oleh kerabat diraja.Segala percutian mewah dan kereta idaman jadi miliknya.Raja mana? Ramai dah tahu kan ..sebab kedua-dua pernah jadi kontroversi oleh kes sama dan berlainan.

Setelah berpisah dia ditinggalkan kosong..kosong ..kosong..


Kini, Fazura hanya memakai MyVi. Tapi katanya dah tempah, dah tempah kenapa cancel kereta idaman kan?


Kes Sebelum ni :
Baru-baru ini bro ada dijemput sebagai media untuk menghadiri Majlis Sidang Media Filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur di GSC Signature, The Garden.

Dan bro tergamam sekejab apabila Fazura atau lebih manja membahasakan diri sebagai Faz menyatakan bahawa Filem Bujang Terlajak merupakan filem terakhir lakonan beliau.


Kenapa nie Faz…??
Beliau bukan hanya menolak tawaran berlakon filem, sebaliknya turut melakukan perkara yang sama terhadap bidang lain termasuk pengacaraan.

Beliau juga menolak anggapan pengundurannya dari layar televisyen mahu pun filem disebabkan hubungan cintanya dengan kerabat diraja. Tetapi Faz menjelaskan ia adalah kemahuan ibunya sendiri.

Dalam Cosmopolitan Malaysia Ogos 2011, Fazura memberitahu dia telah menempah sebuah Porsche Panamera. 




Saya dah tempah kereta idaman, Porsche Panamera. Sejak dari dulu lagi, jika saya mahukan sesuatu, saya akan yakin dan cuba berusaha dapatkan apa yang saya inginkan itu.

FAZURA BEFORE AND AFTER




Kes Sebelum NI :

Kekangan orang tersayang?
Biarpun amat meminati dunia lakonan tetapi Fazura tidak menafikan pembabitannya sebagai pelakon turut mendapat kekangan.
Enggan mengulas sama ada kekangan itu turut dipengaruhi oleh teman lelakinya yang dikatakan seorang yang bertaraf VVIP, Fazura menjelaskan, ia berkaitan faktor sekeliling yang banyak mempengaruhinya.
Jelas anak seni yang dilahirkan pada 27 September 1983 itu, ibunya antara insan yang kurang senang dengan kerjayanya.

"Sebenarnya, ibu saya yang tidak suka saya berlakon. Sekarang ini, umur ibu saya pun sudah mencecah 52 tahun. Apabila semakin berusia, emosinya juga selalu berubah. Ibu saya kata, dia tidak setuju kalau saya mahu terus berlakon. Kalau boleh dia mahu saya terbabit dalam perniagaan.
"Sedangkan berlakon adalah minat saya. Sejak dulu ibu saya tidak suka saya berlakon apatah lagi ada adegan seperti pegang-pegang tangan. Ibu saya sekarang ini semakin sensitif dengan perkara seperti itu. Tetapi dalam filem lakonan saya ini, adegan seperti itu agak kurang," jelasnya.

Fazura juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia semakin kurang muncul di khalayak ramai termasuklah berlakon drama dan filem kerana kekangan pihak-pihak tertentu demi menjaga hubungan intimnya dengan VVIP terbabit sejak akhir-akhir ini.

Malah Fazura juga menolak dakwaan kononnya bergaduh atau berselisih faham dengan seorang pelakon jelita sehingga mereka dikatakan telah berbalas-balas status 'panas' dalam laman sembang Twitter baru-baru ini.

Biarpun pada awalnya pelakon filem Pisau Cukur itu bertanyakan siapakah pelakon yang dimaksudkan apabila ia ditimbulkan oleh seorang wartawan akhbar tabloid harian, tetapi selepas diasak oleh Fazura, wartawan terbabit akhirnya mendedahkan nama artis tersebut.

Sejurus nama pelakon wanita itu disebut pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya yang akan ditayangkan di 75 pawagam seluruh negara itu, Fazura dalam nada bersahaja sambil tersenyum menafikan berlakunya situasi yang tegang di laman sembang sosial tersebut.

"Saya tidak ada bergaduh dengan sesiapa. Saya hanya bercakap tentang diri saya sahaja. Bagaimanapun kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang saya tulis dalam Twitter itu terpulanglah. Pelakon itu? Tidak adalah, saya hanya bercakap tentang diri saya. 

"Malah kalau ada pihak yang syok sendiri maka terpulanglah," komennya ringkas tetapi penuh bermakna di hadapan kira-kira 10 wartawan yang mengerumuninya selepas sidang akhbar pratonton filem komedi tersebut.

Filem komedi itu adalah yang kedua lakonan Fazura selepas filem Pisau Cukur yang ditayangkan pada tahun 2009


LAGI

Tampil memberi kenyataan balas bukan dengan niat untuk menuding jari atau mempersalahkan mana-mana pihak tetapi pelakon berasal dari Pekan, Pahang ini mahu semua pihak faham kedudukan sebenar. 


Lebih daripada itu, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai selebriti menjadi perhatian ramai untuk tampil dan menjelaskan apa saja perkara yang dirasakan perlu termasuklah isu mengenai dirinya akan berumah tangga dalam waktu terdekat dengan jejaka pilihan hati yang sekarang ini sedang bertiup kencang.




Sewaktu ditemui dalam sesi fotografi khas, Fazura secara jujur mengakui faham akan kedudukannya sebagai selebriti yang tidak terlepas daripada menjadi ‘bahan’ gosip.



Fazura juga sedar, ramai pihak ingin mengetahui kisah cintanya yang diibaratkan ramai seperti kisah dongeng menjadi realiti. Bagaimanapun, secara peribadi pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy & Laila itu menegaskan ia sesuatu yang sangat peribadi.


“Apabila ia sering dipaparkan di media dan menjadi buah mulut orang, ia membuatkan saya berasa cukup bosan. Lebih daripada itu, saya berasa sedih apabila ada antara kata-kata saya diputarbelitkan dan topik temubual dilaksanakan berubah apabila tersiar di media. 


“Tidak dinafikan, saya terkilan dan kesal dengan perkara itu (gosip) kerana implikasi�nya akan menyebabkan cerita tidak benar terbabit berpanjangan. Lebih membuatkan saya terkilan apabila maksud apa yang saya mahu nyatakan sebenarnya disalahertikan.


“Perkara inilah menjadi satu faktor penyebab mengapa saya jarang tampil memenuhi fotografi atau temuramah jika tiada produk atau filem baru untuk dipromosikan. 

“Saya bimbang yang keluar hanyalah cerita murahan sebegini yang sememangnya bukan prinsip saya. Jika benar saya mahu berkahwin, tidak perlu bagi saya untuk bercerita kepada satu dunia yang saya kini sedang dilamun cinta dan sedang merancang majlis perkahwinan. 

“Di sini juga saya mahu mengambil kesempatan untuk menafikan apa saja cerita mengenai saya (merancang berkahwin) yang anda baca,” katanya.

Tegas Fazura, dia tidak memerlukan publisiti sedemikian rupa semata-mata mahu meraih populariti memandangkan kredibilitinya sebagai pelakon sudah diketahui umum. Apatah lagi gosip terbabit tidak memberi keuntungan atau merugikan dirinya.


“Dalam keadaan sekarang, saya lebih seronok mendengar orang memperkatakan mengenai bakat dan kerjaya seni saya berbanding hal-hal berkaitan peribadi. 
Lagipun, saya sudah rasa semuanya sepanjang lapan tahun menjadi pelakon, model dan pengacara. 



“Sekarang ini biarlah kalau ada perkara yang hendak dikongsi dengan peminat membabitkan kerjaya seni atau mempromosikan produk baru saya. Sebabnya, bukan semua orang suka terlalu banyak cerita peribadi dicanangkan dan saya bimbang lama-kelamaan orang akan menyampah. Pada saya lebih baik orang tidak sedar kewujudan kita berbanding orang benci dan menyampah. Itu perkara paling saya bimbang,” katanya.

Betulkan Fazura tebalkan bibir?


komen dari salah seorang forumer:
hidup sebelum ni org taja ..
sponsor tarik diri.. haruslah kena mengais semula .. 
nak harapkan doghouse dia tu .. laku ker dok juai baju2 import from KWC yg dikaver dengan harga tak masuk akai tuh .. 
kalau tadak yg tlg .. tak lama lagi bungkuih la doghouse sheols.. 
agaknya sewa bulanan pon ada tangan2 ghaib dok tlg bayaq .. pampasan sebb ditinggalkan






0 Komentar untuk "Porshe Fazura Jadi Misteri,Ingkar Arahan Ibu Kembali Berlakon"

 
Copyright © 2014 Malaysia Top News - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info