(VIDEO): Padah!! Gadis Buat S*ks Luar Tabii
9 Pelakon Malaysia Yang Pernah Menayangkan Tubuh Bogel Dalam Filem
31 Gambar Perkara Pelik Yang Dilakukan Oleh Wanita Barat
Gambar Skodeng Anak Dara Cun Mandi Telanjang Di Sungai Kini Tersebar
Kami SELAMAT disebabkan ada SESEORANG yang telah membantu kami di dalam HUTAN"... demikian kata salah seorang kanak-kanak orang asli yang terselamat semalam.. Dan mereka baru sahaja memberitahu siapa sebenarnya SESEORANG itu... Selanjutnya...
Lapar, perkataan pertama yang diungkapkan oleh salah seorang daripada dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan dalam banir sebatang pokok di tebing Sungai Perias kira-kira tiga kilometer dari Pos Tohoi di sini hari ini.
Difahamkan sepanjang 47 hari mereka hilang, Mirsudiar Aluj, 11 dan Norieen Yaakob, 10, hanya minum air sungai dan makan tumbuhan hutan untuk terus hidup.
Anggota Unit Penyelamat di Air, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ini, Mohd. Shamsudin Ismail berkata, hanya perkataan itu yang disebutkan oleh salah seorang daripada mangsa ketika mengangkat mereka masuk ke dalam bot untuk dibawa keluar dari kawasan itu.
Katanya, kanak-kanak itu berada dalam keadaan cengkung, kusut masai dan sangat tidak bermaya kerana terlalu lama tidak mendapat makanan malah mereka juga dikatakan ketakutan seperti mahu melarikan diri ketika ditemukan oleh anggota polis.
“Mereka hanya merenung saya dengan mata yang bulat. Saya mengangkat mereka masuk ke dalam bot. Seorang yang bertubuh besar sedikit hanya berbisik kepada saya, ‘lapar’. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh bertahan, di tebing sungai ini adalah hutan tebal.
“Saya bersama seorang rakan ditugaskan untuk mengambil kanak-kanak itu dan mayat seorang lagi kanak-kanak selepas anggota polis menemui mereka. Sungai tersebut sukar untuk dilalui kerana arus deras dan berjeram.
“Untuk sampai di sini, perlu berjalan kaki selama dua jam daripada jambatan yang berhampiran dengan Pos Tohoi walaupun jaraknya tidak sampai dua kilometer disebabkan bentuk muka bumi yang ekstrem,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Shamsudin berkata, kanak-kanak ini dikatakan telah memberitahu kepada seorang anggota penyelamat mereka hanya berjalan di sepanjang sungai tersebut sejak 47 hari lalu.
Katanya, mereka dikatakan bersembunyi setiap kali terdengar atau melihat manusia melalui kawasan tersebut kerana takut.
“Cerita ini disampaikan oleh kanak-kanak itu kepada seorang anggota penyelamat yang boleh berbahasa Orang Asli. Saya tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu memberi tekanan kepada mereka.
“Saya fikir ada faktor mistik juga yang membantu mereka untuk terus bertahan dan tidak kelihatan oleh anggota penyelamat kerana ketika saya sampai di kawasan itu, saya berasa ada sesuatu yang tidak menyenangkan dan mereka kelihatan ketakutan,” katanya.
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Anggota Bomba Ini Bongkar 'Makhluk Ajaib' Yang Membantu Murid Orang Asli Terus Bertahan Hidup Dan Tidak Kelihatan"